Sebagai makanan Otak

Otak kambing yang belum dimasak

Sebagaimana organ dalaman lain, otak boleh dimasak dan dihidangkan. Sebagai contoh, di Amerika Selatan otak babi ditinkan dalam kuah boleh dibeli untuk dimakan. Bentuk hidangan otak ini sering digoreng dengan telur hancur untuk menghasilkan "otak dan telur"[3] Otak haiwan turut ditonjolkan dalam hidangan Perancis seperti hidangan tĂȘte de veau atau kepala anak lembu. Sungguhpun ia mungkin hanya mempunyai daging luar tengkorak, hidangan lengkap turut termasuk otak, lidah, dan kelenjar. Hidangan istimewa diseluruh dunia termasuk tacos de sesos Mexico yang dihasilkan dari otak lembu termasuk otak tupai di selatan Amerika Syarikat.[4] Puak Anyang di Cameroon mengamalkan tradisi di mana ketua puak baru akan makan otak gorila yang diburu sementara ahli puak yang berusia lain akan memakan jantungnya.[5] Hidangan istimewa di Minangkabau, Indonesia turut menghidangkan otak lembu dalam santan kelapa yang dinamakan gulai otak. Otak kambing digoreng atau dipanggang turut dimakan di selatan India dan sesetengah tempat di utara India.

Memakan otak dan tisu saraf lain haiwan mempunyai risiko tersendiri. Masaalah pertama adalah kandungan otak terdiri daripada 60% lemak disebabkan myelin (yang terdiri dari 70% lemak) penebat axons bagi neurons dan glia.[6] Sebagai contoh, tin 140 g "otak babi dalam kuah susu", satu hidangan, mengandungi 3500 milligram kholesterol, 1170% melebihi dos pengambilan harian manusia.[7]

Memakan otak turut mampu membawa maut "spongiform encephalopathy" boleh tersebar seperti Variasi penyakit Creutzfeldt-Jakob dan penyakit prion pada manusia dan penyakit lembu gila (Bovine spongiform encephalopathy) pada lembu.[8] Satu jenis penyakit prion lain dikenali sebagai penyakit Kuru telah dijejak kepada amalan pengkebumian dikalangan puak Fore di Papua New Guinea di mana mereka yang rapat dengan si mati akan memakan otak simati bagi menwujudkan perasaan berkekalan.[9] Sesetengah bukti kaji purba turut mencadangkan upacara perkabungan Neanderthal Eropah termasuk memakan otak.[10]

Ia juga diketahui umum dalam masyarakat pemburu bahawa otak haiwan liar hendaklah dielak dari dimakan, disebabkan risiko penyakit lumpuh kronik (chronic wasting disease). Otak itu sendiri berguna bagi pemburu, disebabkan kebanyakan otak haiwan mempunyai jisim yang mencukupi bagi kegunaan menyemah kulit mereka sendiri.